1. Meningkatkan kefahaman murid tentang
konsep sejarah
Melalui penggunaan BBM seperti mounting
board yang divariasikan dengan memaparkan nota yang menarik minat pelajar untuk
membacanya dapat memberikan pemahaman yang lebih berkesan kepada pelajar. Pemahaman
pelajar dapat diperkukuhkan lagi melalui pemberian kuiz pada akhir pembelajaran
untuk memastikan pelajar benar-benar memahami sesuatu pembelajaran itu.
2. Memupuk perasaan ingin tahu
BBM juga boleh dibuat dengan cara
membuat peta minda yang kreatif, ataupun kotak yang boleh dilipat-lipat yang
mana mengandungi nota ataupun sesuatu peristiwa sejarah. Misalnya, tokoh. Selain
daripada itu, mounting board yang berupa kuiz
di mana memerlukan pelajar sendiri untuk memikirkan jawapan kepada
soalan-soalan ataupun permasalahan tersebut.
Melalui cara ini dapat memupuk perasaan
ingin tahu pelajar terhadap pembelajaran yang dilakukan dan apabila dalam
sesuatu pengajaran menggunakan BBM yang pelbagai, itu akan membuat pelajar
lebih bersemangat dan tidak sabar menunggu aktiviti yang dilakukan untuk
keesokan harinya. Jadinya, BBM ini sangat penting untuk diaplikasikan oleh
setiap guru di dalam pengajaran dan pembelajaran.
3. Meningkatkan minat murid terhadap
pembelajaran sejarah
Matapelajaran
sejarah merupakan matapelajaran yang kurang diminati ataupun mendapat perhatian
dalam kalangan murid-murid. Oleh itu, dengan menggunakan BBM ini dapat membantu
untuk menarik minat para pelajar untuk mempelajari sejarah kerana sejarah
merupakan hal yang sangat penting dan menjadi ibu kepada semua bidang. Antara
contoh-contoh BBM ialah seperti di bawah ini. Tambahan pula pelajar khususnya
pelajar lelaki tidak mudah untuk memberi tumpuan yang lama terhadap pengajaran
yang disampaikan. Oleh yang demikian, BBM merupakan bahan yang dapat menarik
perhatian mereka untuk lebih memahami dan memberi tumpuan sepenuhnya.
4.
Meningkatkan penglibatan murid di dalam
aktiviti pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas
Dalam sesebuah kelas terdapat karenah
dan sikap murid yang berbeza dan pelbagai ragam. Ada murid yang pendiam dan
pasif, ada juga murid yang sangat aktif dan suka untuk bertanyakan soalan.
Sebagai seorang bakal guru harus mengetahui dan memahami perbezaan antara
pelajar-pelajar supaya setiap pelajar dapat menikmati keseronokan dalam
belajar. Bagi mengatasi masalah ini, BBM merupakan satu wadah untuk melibatkan
semua murid tidak kira murid itu pasif mahupun aktif di mana semua pelajar akan
dilibatkan bersama-sama dalam aktiviti BBM. Misalnya, membuat peta minda,
bercerita berdasarkan gambar yang disediakan oleh guru dan menjawab
soalan-soalan daripada kotak beracun. Ringkasnya, BBM ini dapat membantu guru
untuk mengatasi perbezaan sikap dan tahap pelajar di dalam kelas sekaligus
memberikan keseronokan kepada pelajar dalam mempelajari matapelajaran sejarah.
KAJIAN TERHADAP KEPERLUAN BBM
Dalam satu kajian oleh Lai Kim Leong,
Khaw Ah Hong dan Seah Ai Kuan (2010) mengenai penggunaan bahan bantu mengajar dalam
sesuatu pembelajaran, mencatat bahawa pandangan responden amat positif tentang
peranan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Lebih daripada
98.8 % responden setuju bahawa penggunaan bahan bantu mengajar dapat
meningkatkan minat, penglibatan serta kefahaman pelajar terhadap konsep
matematik. 95.2 % daripada responden juga setuju bahawa bahan bantu mengajar
dapat juga memupuk perasaan ingin tahu di kalangan pelajar. Dapatan yang telah didapati
oleh mereka selaras dengan hasil kajian bahawa pelajar lebih gemar belajar
secara konkrit dengan manipulasi bahan-bahan abstrak. Lebih daripada 83 %
responden tidak setuju bahawa bahan bantu mengajar hanya penting untuk tahap rendah dan juga pemulihan
sahaja manakala kurang daripada 12 % responden setuju bahawa penggunaan bahan
bantu mengajar adalah membuang masa dan tidak mempunyai kesan yang kuat
terhadap pembelajaran pelajar. Terbukti bahawa BBM ini bukanlah sesuatu hal yang tidak penting
namun sebaliknya memiliki kepentingan yang pelbagai.
No comments:
Post a Comment