
KNOW (apa yang saya ketahui)
Pelajar akan diberikan pengetahuan asas terlebih dahulu berkaitan tajuk pembelajaran pada waktu PdP tersebut. Proses PdP berjalan seperti biasa. Selain buku teks sebagai bahan rujukan utama, guru turut menyediakan "slide show / power point" berkaitan topik pembelajaran. BBM ini bagi memudahkan pelajar mengetahui idea-idea utama / kronologi yang terdapat dalam teks.
@@@
WHAT (apakah yang ingin saya ketahui)
Pada peringkat W, pelajar akan diuji / dinilai dengan aktiviti yang disediakan oleh guru. Aktiviti dijalankan bertujuan mengenal pasti kefahaman murid terhadap pembelajaran dan pembacaan yang telah dilakukan pada langkah K sebentar tadi. Kumpulan kami memilih dua jenis aktiviti iaitu Remember and Paste dan Kotak Beracun.
@@@
LEARN (apakah yang saya telah pelajari)
Peringkat akhir adalah Learn. Pada tahap ini, guru boleh membuat refleksi berkaitan topik dan guru sudah mengetahui tahap penguasaan murid terhadap topik pembelajaran pada waktu PdP tersebut. Selain itu, murid juga telah mendapat maklumat baharu. Guru menyediakan latihan peneguhan untuk murid.
No comments:
Post a Comment