KEBAIKAN BBM

Secara sedar atau tidak sedar, teknologi yang semakin berkembang kini telah merancakkan lagi arus modenisasi dan globalisasi. Begitu juga yang berlaku dalam dunia pendidikan. Kini, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan buku teks dan papan hitam sahaja, malah melibatkan penggunaan teknologi dan alat bahan bantu mengajar yang lain untuk menyediakan pembelajaran secara interaktif bagi memupuk minat pelajar. Berikut merupakan beberapa kebaikan dari penggunaan bahan bantu mengajar:

Salah satu kebaikan menggunakan bahan bantu mengajar sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran diadakan adalah dapat menyampaikan pengajarannya dengan mudah dan akan  menarik perhatian pelajar. Dengan penggunaan bahan bantu mengajar juga secara tidak langsung akan menjadikan pelajar lebih menumpukan perhatian. Tidak dapat dinafikan pelajar akan cepat bosan sekiranya hanya menjalankan teknik kuliah. Pelajar lebih berminat kerana mereka akan lebih tertarik dengan situasi kuliah yang melibatkan penggunaan teknologi dan aktiviti-aktiviti yang menarik. Oleh itu, suasana P&P akan lebih bertenaga dan ceria.

Kepelbagaian penggunaan bahan bantu mengajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kefahaman pelajar dan dapat menarik pelajar perhatian pelajar untuk lebih fokus dan memahami konsep yang diajar. Menurut Mohd Dahlan (1992), penggunaan pelbagai alat bantu mengajar mengikut cara yang bersesuaian dapat meningkatkan mutu atau tumpuan murid-murid terhadap pembelajaran. Pengunaan bahan bantu mengajar juga turut memudahkan guru dalam penyampaian konsep kepada pelajar. Bahan bantu mengajar merupakan ransangan tambahan yang disertakan bersama-sama sebagai membantu menjelaskan lagi penerangan guru. Ia dapat mengelakkan berlakunya salah faham dalam kalangan murid-murid.

Seterusnya kebaikan penggunaan bahan bantu mengajar dapat dilihat melalui nilai yang dapat diterapkan kepada para pelajar misalnya mampu memupuk nilai berdikari di kalangan pelajar kerana mereka perlu menghasilkan projek tanpa kehadiran guru. BBM biasanya akan melibatkan pembahagian pelajar kepada beberapa kumpulan. Dengan secara tidak lansung, murid dapat melatih diri untuk bergerak sebagai sebuah kumpulan dan akan timbul nilai saling berkerjasama bagi memastikan projek atau tugasan yang diberikan mampu disiapkan dengan tepat dan sempurna dalam masa yang telah ditetapkan oleh guru.

Menurut Chek Mat (2004), terdapat beberapa kepentingan bahan bantu mengajar iaitu:

                a)      Tidak semua perkara dapat diterangkan secara lisan                                                                                          b)      Maklumat yang tepat dapat diberi  
                      c)      Penerima yang tidak sama/berbeza
                      d)     Pengajaran akan menjadi mudah
                      e)      Pengajaran akan lebih berkesan
                      f)       Pengajaran secara tersusun

Oleh itu dapat dijelaskan bahawa sememangnya penggunaan BBM amat membantu dalam proses P&P dan lebih penting lagi dapat membantu pelajar dalam memahami ilmu pengetahuan yang diajar oleh guru. 

No comments:

Post a Comment