Membaca adalah salah satu keterampilan
berbahasa. Membaca merupakan kegiatan memahami teks bacaan dengan
tujuan untuk memperoleh informasi dari teks yang kita baca. Pada
saat membaca, biasanya dalam teks bacaan yang kita baca terkandung makna
yang tersirat (makna yang tersembunyi) dan tersurat (makna yang tertulis).
Membaca merupakan satu kemahiran yang penting dalam proses PdP. Kemahiran
membaca perlu diajar dan diterapkan secara berkesan supaya setiap individu
khususnya murid dan pelajar dapat menguasai kemahiran ini. Kemahiran membaca
juga sebenarnya mempunyai hubungan yang rapat dengan kemahiran yang lain
seperti mendengar, bertutur dan menulis.
Mahzan (2003) mendefinisikan membaca ialah proses membina
jambatan antara apa yang terdapat dipermukaan bertulis dengan apa yang terdapat
di minda pembaca. Manakala definisi yang diberikan oleh Smith dan Johnson
(1980) ialah proses memahami apa yang dimaksudkan oleh penulis menerusi bahan
yang dihasilkannya dalam bentuk paparan bertulis.
Manakala Kenedy (1981) mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang
untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang yang mewakili bahasa lambang
grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), yang menghubungkan bentuk itu
dengan bunyi atau makna bentuk tersebut dengan bunyi atau makna yang diketahui
berdasarkan pengalaman atau pengetahuan kemudian dapat mentafsirkan serta
memahami maksudnya.
Membaca merupakan satu proses yang kompleks, menghubungkan
aspek pengetahuan, kebolehan, kemahiran mental dan fizikal. Ia meliputi keupayaan
membaca dengan pantas, memahami fakta, kebolehan mengingati fakta serta membuat
intrepretasi secara bijak dan analisis. Ketika seseorang sedang membaca, ia
sebenarnya sedang berkomunikasi secara langsung dan sedar dengan bahan
bacaannya. Membaca dapat membantu memeperluaskan pemikiran dan idea serta
meningkatkan daya kreatif seseorang individu dalam pelbagai bidang.
kreatif sesangat...hahhhaa
ReplyDelete