Pada masa sekarang penggunaan bahan bantu mengajar telah
berkembang dengan pesat dalam dunia pendidikan. Perkembangan ini mula ketara
dengan kemajuaan dalam bidang sains dan teknologi. Bahan bantu mengajar ini
bukan hanya dalam bentuk bahan tradisional seperti bahan bukan elektronik malah
ia terbahagi kepada tiga kategori iaitu bahan bantu mengajar bukan elektronik,
bahan bantu mengajar elektronik serta bahan bercorak pengalaman dan bahan
sebenar. Namun walau apa jua kategori bahan bantu mengajar yang digunapakai
oleh guru dalam pengajarannya, matlamatnya adalah untuk memperjelaskan lagi
penyampian maklumat agar tidak terlalu verbalistik, mengatasi sifat pasif
pelajar serta memberi rangsangan, membangkitkan persepsi di kalangan pelajar,
mengatasi keterbatasan ruang dan mempersamakan pengalaman. Hal bantu mengajar
ini akan mempermudahkan seseorang pelajar itu untuk menguasai apa yang guru
ajarkan agar mereka dapat mempertingkatkan lagi daya pemikiran serta
pengetahuan mereka.
Menurut Brown J.W.
(1983), bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh
seseorang guru dan murid untuk membantunnya dalam menyampaikan pengajaran di
dalam bilik darjah. Selain itu, menurut Noor Din Maulud (1999), Guru seharusnya
menyampaikan pengajaran sebaik mungkin dengan melakukan persediaan awal dari
segi perancangan kaedah penyampaian, pengajaran dan penggunaan bahan bantu
mengajar yang mencukupi. Di samping itu, bahan bantu mengajar ini bukan hanya
terhad kepada buku teks, papan tulis, kapur dan gambar-gambar iaitu kategori
bukan elektronik tetapi ia perlulah merangkumi segala benda yang digunakan
dalam pengajaran dan pembelajarn yang melibatkan semua pancaindera, iaitu lebih
kepada merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh pelajar. Bahan bantu
mengajar ini akan lebih berkesan sekiranya guru tersebut yang menghasilkannya.
Hal ini kerana, guru itu yang lebih mengetahui akan tahap pelajarnya di dalam
kelas. Bahan bantu ini haruslah sesuatu yang akan menarik minat serta
memudahkan pelajar itu untuk mengingati pengajaran di dalam kelas. Walau pun
bahan itu ringkas namun sekiranya ia kreatif, bahan tersebut akan membuatkan
pelajar tersebut tertarik dengan pengajaran yang guru itu sampaikan. Hal ini
kerana, pelajar pada zaman sekarang lebih tertarik kepada sesuatu yang unik
yang boleh membuatkan mereka teruja akan sesuatu benda. Dalam kajian ini kami
telah menggunakan jenis atau teknik KWL, dimana tujuan teknik ini adalah
membantu merangsang pemikiran atau minda pembaca secara aktif semasa proses
membaca. Model ini dikembangkan untuk membantu guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi meningkatkan daya pengetahuan murid-murid mengenai sesuatu
topik. Teknik ini terbina daripada akronim perkataan bahasa Inggeris KWL, yang
membawa maksud;
K – know: Apa yang saya tahu?
W – What: Apa yang ingin tahu? Dan
L – Learn: Apa yang saya pelajari?
Perlaksanaan teknik KWL dalam bilik darjah ataupun penggunaannya
secara individu untuk tujuan pembacaan secara kritikal. Selain itu, dalam
tugasan ini juga kami telah membina kotak beracun diiringi dengan lagu serta lekat
dan tampal bagi menjawab persoalan berkaitan dengan tokoh yang telah kami
pilihan untuk membantu kami dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Oleh
yang demikian, bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan
kejayaan program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar
untuk mengetahui sesuatu dan menjadikan pembelajaran itu lebih baik dan
menarik.
No comments:
Post a Comment